Teater seringkali dikaitkan wadah penyaluran pemikiran dan gagasan intelektual melalui pelbagai genre dan konsep persembahan. Bentuk persembahan seperti muzikal, komedi, realisma, absurd dan eksperimental sudah tentu mempunyai khalayak peminat yang tersendiri.
Namun begitu pementasan teater eksperimental yang menggabungkan beberapa cabang kesenian lain seperti catan, muzik, improvisasi dan vokal nyanyian agak kurang diketengahkan kepada masyarakat. Menyedari akan keadaan ini satu program dirangka bagi memperkenal dan memberi asprasi kepada khalayak tentang konsep sedemikian
Sinopsis
Rentetan perjalanan hidup seorang pelukis yang bermula dari usia kecil sehingga meningkat remaja dan menempa nama besar sebagai pelukis tersohor Negara. Diusia senjanya dia mula menilai segala pengalaman serta karya yang dianggap tidak memberi apa-apa makna. Dia menjadi keliru dan bingung dan akhirnya mengadili segalanya dengan mencipta satu karya akhir yang diharap memberikan jawaban atas segala kekusutan tadi. Akhirnya dia benar-benar putus asa dengan bertindak membakar seluruh karya dan studio sehingga menjadi abu
PECAH RUYUNG
Teaterikal PECAH RUYUNG – sebuah teater eksperimental gabungan pelbagai variasi seni.?xml:namespace>
KONSEP / LATARBELAKANG
Teaterikal PECAH RUYUNG merupakan satu gabungan aksi lakon, tari kontemporari, seni canting, muzik akustik, deklamasi serta paparan imejan menerusi slide projector yang disusun menerusi garis penceritaan yang memakan waktu persembahan 1 jam 15 minit. Susunan penceritaan menurut urutan masa yang didominasikan oleh gerak tari yang digarap bersesuaian dengan konsep teaterikal.?xml:namespace>
No comments:
Post a Comment